13 August 2011

Sunnah Nabi, sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.
Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang
Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,
sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu
keseluruh badan untuk menghindarkan sihir
dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak
terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat

2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada
kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum
tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring
badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.








Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan.

Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night
cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat
senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur
meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur
dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.


Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,
dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau
tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat
Rahmat dan mengundang makhluk lain.


Sekiranya bersetubuh tanpa membaca
doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah
isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih- benih Syaitan/ Jin. Jadi


jangan marah kalau anak- anak ikut perangai "bapa-
bapa angkat
" mereka ketika kita bersetubuh dulu.