08 September 2011

Kisah raya saya.

Assalamualaikum.
Ramai dah update belog pasal raya. Aku ni kuno sikit, sebab baru nak update. Line problem. Sedih. Mest boring kan, bila bukak belog aku jah, cerita yang sama. Lepastu memekak kua lagu Balik Kampung. Yelaaa, aku nak tuka dah ni hehe.

27 ogos 2011
Hari ni bertolak balik ke Kedah. Pukul 3 cmtuh pegi amik mak at tempat keje then terus balik. Kitorang singgah bazaar yg dekat stadium melawati shah alam tu, beli makanan. Sebab nanti dekat R&R mesti ramai orang. Kitorang berhenti dekat Taiping untuk bukak puasa, sebab tkdee tempat duduk so berkelah at tempat parking kereta. Bersila satu family at situ. Sampai Kedah dalam pukul 9lebih mcmtuh laaaa.

28 ogos 2011.
Pagi-2 lagi dah bangun siap. Sebab hari ni kitorang nak p Thailand. Saje jalan-2, tidur sana ape semua. Masa nak chop passport tuh memang sengals sikit ah. Manusia ramai gila. Dorang pon nak shopping at Thailand jugak lerrr tu. Kitorang tido sana sehari. Hotel at sana cantik, murah pulak tu. Memang berpatutan gila ahhh! Abah kata kalao duit Malaysia Rm100 lebih lah hotel tu, katil ade 4. Bersih pon bersih. So kira untung lah. Lepas sampai jah terus shopping. Bukan shopping ape sangat. Kakak nd adik dapat baju tidur dua helai. Mak dapat gelang. Aku dapat tshirt I love Hatyai dengan jam baby-G. Masa nak balik tuh singgah hmm apetah nama tempat tuh, lupa. Abah borong beras. Lepastuh jumpa kedai jual mercun. Banyak gila. Murah pulak. So aku beli mercun roket dengan mercun das. Abah beli mercun bola. Adik beli bunga api dengan mercun POP haha.






29 ogos 2011
K back to Malaysia! Kitorang sampai rumah petang ke malam cmtuh la, aku pon dah lupa hehehe. Tapi aku rasa petang kot.


30 ogos 2011 / 1 syawal
Hari yang dinanti-nantikan. Selamat Hari Raya. Aku tak pegi solat hari raya tahun ni hmm. Lepas abah pakngah semua dah balik dari semayang, so kitorang pegi lah beraya at rumah orang. Mula-2 makan laksa. Rumah selepasnya, lemang dengan serunding. Lepastuh hmm macam-2 lah, aku pon dah lupa. Tapi banyak lah makanan. Best. Ade rumah yang bagi aku duit raya, tapi ade yang tak bagi. Masa nak amik tuh konon-2 jual mahal lah kjup 'Eh takpee lah, dah besar' . Then bila orang dah cakap 'Amik je', hahahaha dah takdee jual mahal lagi. Buat mukia tak malu.


ni semua keluarga saya. I love them

ni semua cucu Puan Kamariah dan Encik Ismail. I mean, nenek atok aku lah.

Lepas dah puas beraya semua, balik rumah. Tengok tv. Al-maklumlah raya-2 ni cite banyak yang best. Tanpa disedari, aku tertidur haha. Penat sangat. Maybe. Lepastuh mak kejut sebab bak balik Gelam *kampung belah mak. Then aku kemas baju semua, sebab malam ni tido sana pulak.


31 0gos 2011
Aku tido Gelam, mak abah akak adik aku semua tido Jabi *kampung belah abah. Tapi aku memang suka dudok Gelam, sebab hmm ntah. Taktahu. Tapi hari nih paksu pakngah nenek aku semua nak pi Jabi, beraya at sana. So aku pon ikut lah.


Hihi you know what, masa ni 1st time aku bakar ikan. Sorang-2. Takdeee sape tolong. Asap dia meresap ke dalam hiding, mata semua memang syiokkkkk ah. Tapi sebab 1st time kan, so macam best gak ahh hehe batak. Petang tuh, aku balik Gelam balik.

1 sept 2011
Haaa hari nih baru mak abah adik aku semua balik Gelam. Lepastuh kitorang satu family dengan pak ngah paksu semua gi beraya dengan adik beradik belah mak pulak. Hmmm beraya dekat rumah adk-2 nenek aku. Lama ah, petang cmtuh baru habis. Lepastuh pegi rumah moyang aku pulak, aku panggil dia Toknek. Toknek aku tuh dudok sorang jah. Dah tua, kesian dia. Toknek aku tuh ada masalah pendengaran sikit lah, biasa lah orang tua kan. Kalao nak cakap dengan dia, kene cakap kuat-2. Pastu abah aku pulak pegi main mercun bola, terkejut Toknek. Hahaha dia yang pekak tu pon bole dengar bunyi mercun, mean mercun tuh bunyi dia bapak kuat lah kan.




2 sept 2011
Hari nih pakngah aku dah balik Seremban. Kitorang pulak nak pegi jejalan at Penang. Dengan adik-2 abah aku, mean pakngah maklang aku semua lah. 1sy sekali kitorang singgah Gurun jup, makan-2. Jumpa Pakngah nd maklang aku kat sana lah. Then baru gerak. Mula-2 kitorang pegi Bukit Bendera, naik cabel train. Seronok wooooo. Lepak situ sampai pukul 2 cmtuh laaaaa.




Lepatuh pegi maklan Nasi Kandar. Then pegi pulau. Tapi nak pegi sana, kene naik bot dulu. So sampai lah kitorang semua ke Monkey Beach. At situ cantik sikit, sebab tak ramai orang pegi sana. Yelaaa, kalao nak sana kene naik bot. Bot nye pulak RM80, hmmm hihi :-)




Aku rasa mcm nak sepak muka aku sendiri bila tgk gambar bajet gedik ni HAHA




K nak balik dah. Masuk kete jah, semua pakat tido. Penat sangat. Then tetiba jah akak aku kejut, kitorang singgah dekat warung Aziz mee pakngah sungai 2 nak makan mee udang. Udang dia, perghhh emmang terbaik lah. Bapak besar nya. Harga dia pon terbaik hugak lah haha. Warung, tapi harga dah mcm kat hotel. K tkpeee, maybe sebab udang dia bapak besar kot. Makan mee udang tu abah aku yang belanja. Masa naik bot, paklang aku belanja. Makan nasi kandar, pakngah aku belanja. K adil!



3 sept 2011
Hari ni dah nak balik Puchong dah. Tapi sebelum tuh nak pegi melawat kubur arwah abang aku, Mohd Raihazwan b. Razali. Hmm :-( Then kitorang pegi Pekan Rabu kejup, mak nak beli kuih, kerepek laaa ape semua. Lepastu pegi Jalan Langgar, beli ikan masin. Pegi makan pasembur sekat Jalan Dato; Kumbar, lepastu balik Gelam pegi kubuer arwah Wan aku. Sedih, rindu Wan sangat. Hmmmm.




Balik jah dari kubur Wan, mandi ape semua. Sebab petang nak bertolak dah. Tapi ada orang datang, abah mak aku semua sembang-2 dulu pulak memey lambat ah nak balik nyeee. So pegi tangkap gamba, boring punye pasal HAHA.

semangat Kedah ni hehe.




Saya sayang budak kecik ni, Izzat Naufal :-)

Haa ni adik saudara aku, Iqbal. Dalam banyak sepupu, aku paling rapat dengan dia nih laaa. Hmmm maybe sebab aku memang rapat dengan dia, sejak dia baby lagi kot. Hehehe. Sayang hang la, botak! Hikhik :-) Dia ni lahhh yang dok tangkap gambaq aku. HAHA photographer sementara aku lah kira nya ni hahaha.







K nih je lah kisah raya aku. Ade yang aku tak ingat hahahaha. Raya tahun ni? Hmmm biasa jah. Tak best sangat. Taktahu kenapa. Duit raya? Tahun ni PALING SIKIT. Tak sampai Rm100, haha. Takpeee lah, maybe dah besar kan. Hewheww.